Ketahui maksud kod yang berbeza pada telefon anda.
Kod PIN atau PIN2 mempunyai 4-8 digit.
Kod ini melindungi kad SIM anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan atau diperlukan untuk mengakses beberapa ciri. Anda boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod PIN apabila anda menghidupkannya.
Jika anda terlupa kodnya atau tidak dibekalkan dengan kad anda, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Jika anda menaipkan kod yang salah 3 kali berturut-turut, anda perlu menyahsekat kodnya menggunakan kod PUK atau PUK2.
Kod PUK atau PUK2 diperlukan untuk menyahsekat kod PIN atau PIN2.
Jika kod tidak dibekalkan dengan kad SIM anda, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Kod kunci juga dikenali sebagai kod keselamatan atau kata laluan.
Kod kunci membantu anda melindungi telefon anda daripada penggunaan yang tidak sah. Anda boleh menetapkan telefon anda agar meminta kod kunci yang anda tetapkan. Pastikan kod dirahsiakan dan disimpan di tempat yang selamat, berasingan dari telefon anda.
Jika anda terlupa kodnya dan telefon anda terkunci, telefon anda memerlukan perkhidmatan. Caj tambahan mungkin dikenakan, dan semua data peribadi pada telefon anda mungkin dipadamkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi kemudahan servis sah yang terdekat untuk telefon anda atau wakil penjual telefon anda.
Kod IMEI digunakan untuk mengenal pasti telefon dalam rangkaian. Anda mungkin juga perlu memberikan nombor kepada perkhidmatan kemudahan servis sah atau wakil penjual telefon anda.
Untuk melihat nombor IMEI anda, dail
Kod IMEI telefon adna turut dicetak pada sama ada telefon anda atau pada dulang SIM bergantung pada model telefon anda. Jika telefon anda mempunyai penutup belakang yang boleh dibuka, anda boleh menemui kod IMEI di bawah penutup.
IMEI turut kelihatan pada kotak jualan asal.
Jika anda kehilangan telefon, anda boleh mencari, mengunci atau memadamkan telefon dari jauh jika anda mendaftar masuk ke Akaun Google. Cari Peranti Saya diaktifkan secara lalai untuk telefon yang dikaitkan dengan Akaun Google.
Untuk menggunakan Cari Peranti Saya, telefon anda yang hilang hendaklah:
Apabila Cari Peranti Saya disambungkan dengan telefon, anda dapat melihat lokasi telefon dan telefon menerima pemberitahuan.
Jika peranti anda tidak ditemui, Cari Peranti Saya akan menunjukkan lokasi terakhir yang diketahui, jika tersedia. Untuk mengunci atau memadam telefon anda, ikut arahan di tapak web.
Before starting chat with our customer support, please leave your contact details. Contact our chat support for online purchases support, product information, warranty support.
Start chatPrefer to bring your device in for our experts to have a look at? Find the location of your nearest Nokia & HMD phones, tablets and accessories care center.
Find a care center near you